Monday 28 November 2011

Usahawan Puncak Niaga

 Puncak Niaga Holding



TAN Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad. Bhd. Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak Niaga Holdings Berhad.
TAN Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad.

Kerjaya

Tan Sri Rozali dilahirkan pada bulan Disember 1957, iaitu tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Tan Sri Rozali adalah peguam yang kemudiannya melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan, beliau bekerja dengan kerajaan dan lapan agensi kerajaan selama lapan tahun.

Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 1981, Tan Sri Rozali memulakan kerjayanya di Biro Penyiasatan Kebangsaan sebelum bekerja dengan UDA sebagai Penasihat Undang-undang dalam perkara yang berkaitan dengan pekerja, pembangunan dan perancangan.

Penglibatan dalam sektor swasta

Pada tahun 1983, Tan Sri Rozali menyertai Bank Islam (M) Berhad sebagai Pengurus Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan. Pada masa itu, Tan Sri Rozali adalah perintis dalam Bank Islam Malaysia Berhad banyak membantu mengembangkan lagi institusi perbankan Islam itu. Tan Sri Rozali kemudiannya dijemput oleh Bank Rakyat supaya bertindak sebagai jururunding bagi menukarkan operasi perbankan mereka kepada operasi yang mematuhi kehendak Shariah. Kini, Bank Rakyat adalah antara institusi kewangan pembangunan (IKP) yang berdaya maju dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif.

Kejayaan

Beliau pernah menjalankan perniagaan dalam bidang guaman, pembangunan hartanah, pembinaan dan juga perbankan. Beliau menceburkan diri dalam bidang hartanah melalui beberapa syarikat persendirian seperti Central Plus Sdn. Bhd. dan Corporate Line (M) Sdn. Bhd.

Kejayaan terbesarnya dalam sektor pembangunan hartanah adalah projek perumahan Puncak Alam di Kuala Selangor. Tan Sri Rozali juga mengasaskan firma guamannya sendiri, iaitu Rozali Ismail & Co. sebagai peguam cara dan peguam bela. Beliau menguruskan firma guamannya itu selama tujuh tahun dan mengkhususkan kepada kes korporat, hartanah dan perbankan.

Pada tahun 1989 pula, Tan Sri Rozali mengasaskan syarikat milikan keluarga, iaitu Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. bagi menjalankan projek pembangunan hartanah di Lembah Klang, Kuantan dan Johor. Antara projek terbesarnya adalah Bandar Baru Puncak Alam dan Bandar Puncak Perdana. Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. juga melibatkan diri dalam perniagaan kemudahan awam, juga pada tahun 1989, dengan penubuhan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd.

Disebabkan pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang, Tan Sri Rozali diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri Selangor bagi menguruskan loji penapisan air bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1997, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak Niaga Holdings Berhad. Tan Sri Rozali juga memiliki kepentingan dalam dua buah lagi syarikat yang tersenarai, iaitu U-Wood Holdings Berhad dengan 8.1 peratus kepentingan dan WWE Holdings Berhad dengan 30 peratus kepentingan melalui Peribadi Johan Sdn. Bhd.

Puncak Niaga Holdings Berhad memegang konsesi dalam 28 buah pusat rawatan air di Selangor, menjadikannya pembekal air yang terbesar di Selangor dengan membekalkan 1,929 juta liter air sehari. Konsesi itu berakhir pada tahun 2020.

Kontrak yang dianugerahkan bagi menjalankan sistem pembekalan air Selangor dan Wilayah Persekutuan bernilai RM1 bilion. Projek ini melibatkan pembekalan dan penggantian pair air dan ini dijalankan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), yang dikuasai oleh Tan Sri Rozali melalui syarikatnya, Central Plus (M) Sdn. Bhd. yang memegang 69.9 peratus kepentingan dan adiknya Mat Hairi yang memegang 30 peratus saham dalam Syabas melalui syarikatnya, Corporate Line (M) Sdn Bhd.

Bagi memudahkan perjalanan projek penswastaan itu, Syabas dibeli oleh Puncak Niaga.Puncak Niaga membeli 700,000 saham Syabas daripada Central Plus (M) Sdn. Bhd. pada harga RM38 juta. Dengan demikian, 70 peratus saham Syabas dimiliki oleh Puncak Niaga dan baki 30 peratus saham Syabas dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Persekutuan pula memegang satu unit saham emas dalam Syabas. Melalui projek penswastaan ini, Kerajaan Persekutuan memberi bantuan kewangan sebanyak RM2.9 bilion kepada Syabas. Dana itu digunakan bagi memenuhi keperluan modal kerja, pembayaran hutang oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada tiga syarikat rawatan air dan juga bagi membiayai kerja-kerja modal.

Pengiktirafan dan anugerah

Tan Sri Rozali juga adalah Ahli Lembaga Pengarah dalam U-Wood pada 3 September 1999. Tan Sri Rozali juga adalah Pengerusi Eksekutif WWE Holdings Berhad, iaitu syarikat pelaburan dan pembinaan yang membekalkan perkhidmatan kejuruteraan yang berkaitan dengan reka bentuk, aktiviti memasang siap, pemasangan, pembekalan air, pemprosesan kumbahan dan kemudahan alam sekitar.

Tan Sri Rozali juga adalah Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat persendirian. Tan Sri Rozali juga pernah dan sedang memegang jawatan sebagai Penasihat dan Pengerusi bersama Generasi Wawasan FELDA dan Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia.

Antara anugerah yang pernah diterima oleh Tan Sri Rozali adalah Fellowship Award dari Institut Pemasaran Malaysia pada 6 November 2001. Ini adalah kerana sumbangannya kepada institut itu dan juga strategi unik yang digunakan bagi memasarkan projek Bandar Baru Puncak Alam dan Bandar Puncak Perdana.

Pada 26 Mac 2002, Tan Sri Rozali dianugerahkan Anugerah Pengurusan Air Cemerlang peringkat Asia 2002 bagi kategori Anugerah Individu oleh Persatuan Air Malaysia. Ini adalah kerana sumbangannya dalam menjana pengurusan yang cemerlang dan amalan terbaik dalam industri air.
Pada 16 Januari 2003, Tan Sri Rozali dinamakan sebagai antara 10 usahawan terbaik Malaysia oleh Ernst & Young. Ini adalah kerana sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan.

Monday 21 November 2011

Usahawan Mutiara Motor



JOHOR BAHRU 11 Mei - Sesiapa yang melalui Jalan Tebrau menuju kepusat bandar raya pastinya tidak lepas memandang bangunan MutiaraMotors Sdn. Bhd. yang tersergam indah di kiri jalan.
Ia bertambah menarik apabila bangunan setinggi lima tingkat yangmenjadi satu mercu tanda itu, terdapat sebuah kereta mewah di atasbumbungnya.


Dilihat daripada bangunan dan simbolik kereta di bumbungnya, barangkali maksud yang disampaikan kepada orang ramai bahawa jerih peritkejayaan yang diraih Mutiara Motors membuktikan orang Melayu bolehberjaya dalam perniagaan automotif yang kebiasaannya dimonopoliusahawan kaum lain.


Selain bangunan itu, Mutiara Motors turut memiliki sebuah pusatjualan Toyota di Plentong, di sini, sebagai kejayaan hebat yangberterusan pengasas dan pemiliknya, Datuk Ahmad Kemin dalam perniagaanautomotif sejak 27 tahun lalu.

Hari ini, Ahmad yang juga pengasas dan Pengerusi Eksekutif MutiaraMotors sudah pasti berbangga dengan kejayaan yang tidak pernahdiimpikannya. Beliau telah berjaya melebarkan empayar perniagaannyaapabila sebuah ibu pejabat baru syarikat itu mula beroperasi Sabtu lalu.

Bangunan lima tingkat bernilai RM26 juta yang terletak dipersimpangan Jalan Datin Halimah dan Jalan Cenderawasih di Larkin itudapat menempatkan sebanyak 200 kenderaan di ruang pamerannya yangseluas dua tingkat.
Berkeluasan 0.5 hektar, bangunan itu juga berfungsi sebagai pusatpenyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memajukan produk alat gantikenderaan serta minyak kegunaan pelbagai jenis enjin berkuasa sederhanadan tinggi.

''Bangunan baru ini mampu memberi ruang selesa kepada pelanggankerana selain ruang pameran, ia turut dilengkapkan dengan kemudahanpusat 3S iaitu jualan, servis dan alat ganti bagi memudahkan pelanggankami menerima khidmat terbaik daripada Mutiara Motors.

''Kami juga akan terus mengamalkan budaya kerja orang Jepun yangterbukti berkesan apabila menyumbang kepada kejayaan syarikat denganmenyediakan layanan bertaraf lima bintang kepada pengunjung walaupunmereka hanya datang ke bilik pameran semata-mata untuk melihat kereta,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerjaakhir pembinaan ibu pejabat baru itu, di sini baru-baru ini.


Ketika ini, Mutiara Motors merupakan pemegang permit import (AP) dan juga wakil pengedar kereta Toyota.
Ahmad berkata, ibu pejabat baru itu dijangka dapat meningkatkanpertumbuhan perniagaan syarikatnya melebihi 50 peratus pada masa akandatang.



Katanya, dua buah bangunan terdahulu iaitu bangunan lima tingkat diJalan Tebrau yang juga ibu pejabat pusat jualan serta sebuah pusatjualan Toyota di Plentong akan dijadikan pejabat cawangan syarikat.

''Bangunan baru ini juga akan menjadi pusat penyelidikan danpembangunan (R&D) bagi minyak enjin M7 yang mendapat sambutan bukansahaja di Malaysia malah di Singapura, Brunei dan Indonesia.

''Selain itu, ia turut menjadi pusat sehenti yang akan turut mempunyai kafe berkonsepkan al-fresco yang dilengkapi kemudahan WiFi untuk para pelanggan," katanya.
Mutiara Motors kini turut memiliki anak syarikat lain sepertiMutiara Motors Performance Products Sdn. Bhd., Mutiara Motors ResortSdn. Bhd., Mutiara Motorsports Sdn. Bhd. dan M7 Motorsports Sdn. Bhd.

Usahawan Hartanah

Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar


TAN Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.

Asalnya, MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka. Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999.

Jual saham

Namun, pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674. Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha bercadang mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.

Aktiviti lain

Selain pembangunan hartanah, MK Land Holdings Berhad juga melibatkan diri dalam operasi hotel, operasi tempat peranginan, operasi taman tema, perkhidmatan penyelenggaraan harta dan pelaburan.
Antara subsidiari utama MK Land Holdings Berhad adalah Paramoden Sdn. Bhd., Medan Prestasi Sdn. Bhd. dan Saujana Triangle Sdn. Bhd.

Tumpuan MK Land Holdings Berhad

Walaupun kebanyakan projek MK Land Holdings Berhad adalah berkos rendah dan sederhana, ini tidak bermakna projek-projek itu menggadaikan mutu. Projek-projek perumahan MK Land Holdings Berhad lengkap dengan kemudahan yang terkini dan berkualiti.

Antara aspirasi MK Land Holdings Berhad adalah bagi menjadi pendahulu pasaran dalam memberikan produk yang inovatif dan berkualiti di samping mengekalkan khidmat pelanggan yang baik.

Kepentingan lain

Selain pembinaan dan pembangunan hartanah, kumpulan MK juga mempunyai kepentingan dalam sektor pendidikan dan juga pembuatan perabot. Secara langsung, Tan Sri Mustapha mempunyai 23.45 peratus kepentingan dalam MK Land Holdings Berhad dan secara tidak langsung, beliau memiliki 20.68 peratus kepentingan melalui MKN Holdings Sdn. Bhd.

Projek-projek besar MK Land Holdings Berhad

Di bawah kepimpinan Tan Sri Mustapha, MK Land Holdings Berhad melibatkan diri dalam banyak projek. projek perumahan Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di Petaling Jaya. Projek itu, dengan lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya. Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay Cineleisure.

Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta, projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.

Latar belakang

Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah. Sebelum bergiat cergas dalam dunia perniagaan, beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah. Hobinya adalah membaca.

Penumpuan pada gaya hidup canggih

Semua projek perumahan MK Land Holdings Berhad dilengkapkan dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi supaya penghuninya menjadi rakyat Malaysia dengan gaya hidup yang memanfaatkan IT atau e-lifestyle township. Bagi mencapai hasrat ini, MK Land Holdings Berhad memeterai perjanjian dengan Palette Multimedia Berhad bagi membekalkan pengurusan dan operasi rangkaian multimedia yang pantas dan juga membekalkan kandungan dan aplikasi multimedia.

Usahawan yang cintakan kebajikan

Tan Sri Mustapha adalah usahawan dermawan dan suka melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan. Contohnya, beliau banyak memberi sumbangan kepada pendidikan orang pekak. Sumbangannya diiktiraf apabila beliau dianugerahkan anugerah Caring Hearts.

Subsidiari dan syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad

BML Management Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam perniagaan perkhidmatan penyelenggaraan harta.

Bukit Merah Resort Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel, tempat peranginan dan taman tema air.
Dominant Star Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan pelaburan.

Fairview Review Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.
Golden Precinct Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam penyewaan dan penyelenggaraan hartanah.

MK Land Resources Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah dan pelaburan.

MK Land Ventures Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.

MK Development Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.

Prominent Valley Berhad, subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi padang golf.
Pujaan Pastik Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel.

Segi Objective (M) Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, hotel, tempat peranginan dan taman tema air.
Sumbangan Berkat Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam menguruskan hotel.
Tema Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan pelaburan.

Vibrant Leisure Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.
Zaman Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.
Markins International (HK) Ltd., syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad dengan 14 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengedaran bahan makanan.

Melur Unggul Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah.

Usahawan Ranhill

Buktinya, Tan Sri Hamdan Mohamad yang merupakan presiden dan CEO Ranhill Berhad.
Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Civil Eng) dari University of Western Australia pada 1981 dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Sains Struktur Konkrit pada tahun 1986 dari Imperial College of Science and Technology London, United Kingdom. Tan Sri Hamdan dikenali dalam dunia perniagaan sebagai usahawan yang cepat maju. Beliau berjaya mentransformasikan Ranhill Berhad daripada hanya menyediakan khidmat perundingan kepada syarikat kejuruteraan Bumiputera yang menyerlah di Malaysia. Beliau kini menguasai 59.1% kepentingan dalam Ranhill Berhad. Beliau juga adalah pemegang saham yang memiliki kepentingan mengawal dalam Syarikat Lambang Optima Sdn. Bhd., syarikat yang dianugerahkan kontrak penswastaan Syarikat Air Johor Sdn. Bhd.
SUMBANGAN RANHILL BERHAD
Ranhill Bhd. Adalah organisasi serba boleh yang banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia. Ranhill Berhad ditubuhkan pada 1973 sebagai syarikat yang menyediakan khidmat perundingan dalam bidang kejuruteraan. Selepas itu Ranhill Bhd. mengembangkan perniagaannya dalam bidang perolehan, pengurusan projek, pembinaan, pengurusan kemudahan dan pembangunan, pemilikan projek, kemudahan perubatan dan kompleks pendidikan. Selain daripada itu, terdapat banyak lagi bidang yang diterajui oleh Ranhill Bhd seperti elektrikal, mekanikal, perparitan dan lain-lain.
AKTIVITI KEBAJIKAN
Yang menariknya, selain mencari keuntungan, Tan Sri Hamdan turut memastikan syarikatnya melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Ranhill turut menaja penganjuran Kejohanan Tenis Antarabangsa Remaja Ranhill ITF Malaysia 2003 dan pelbagai lagi aktiviti kemasyarakatan.
Ranhill Bhd. banyak menerima anugerah dan pengiktirafan seperti Anugerah Nilai Pemegang Syer Terbaik 2002 bagi kategori sektor Pembinaan dan Hartanah oleh firma perakaunan dan perundingan KPMG. Pada 29 Mac 2002 Ranhill Utilities Sdn. Bhd. menerima Anugerah Pengurusan Air Cemerlang oleh Persatuan Air Malaysia. Pada tahun 2001, majalah Euromoney memberi anugerah Syarikat Baru Yang Tersenarai Terbaik tahun 2001 kepada Ranhill Bhd. Tan Sri Hamdan sendiri merupakan penyandang jawatan Fellow Institut Jurutera Malaysia, Fellow Institut Jurutera Awam United Kingdom, Ahli Institut Jurutera Australia, Ahli Persatuan Antarabangsa Jurutera Jambatan dan Struktur dan lain-lain. Kejayaan Tan Sri Hamdan adalah kejayaan anak melayu yang wajar dicontohi.

Usahawan Kamdar

Beliau tidak menganggap berniaga sebagai kerja tetapi sebagai hobi. Dia tidak takut membuat kesalahan dan sentiasa belajar daripadanya. Beliau juga berani mengambil risiko.
HARSUKHLAL Maganlal Kamdar adalah Pengasas dan Pengarah Urusan pasar raya Kamdar. Harsukhlal juga adalah Presiden Persatuan Gujarati.




Latar belakang

Harsukhlal adalah usahawan yang dilahirkan di Gujerat. Beliau tiba di Malaysia pada tahun 1941 bagi menyertai ayah dan abangnya dari kampung halamannya di Rajkot, iaitu selepas menamatkan tingkatan lima pada usia 14 tahun. Pada masa itu, bapanya menghendaki beliau meneruskan pelajaran tetapi beliau ingin bekerja. Walaupun kurang mendapat pendidikan formal kerana belajar hanya setakat tingkatan lima, beliau banyak mendapat ilmu daripada sumber-sumber lain seperti pengalaman kerja dan juga pengalamannya sebagai usahawan.

Mula berniaga

Harsukhlal memulakan perniagaannya dalam bidang import eksport tetapi perniagaannya itu terpaksa dihentikan apabila Perang Dunia Kedua melanda. Selepas itu, beliau sering menunggang basikal 20 batu sehingga 30 batu sehari di sekitar Pulau Pinang bagi mencari peluang-peluang perniagaan.

Menyertai abang…

Usahanya itu kurang membuahkan hasil. Pada tahun 1945, beliau menghentikan usahanya mencari peluang per-niagaan di sekitar Pulau Pinang dan menyertai abangnya yang membuka sebuah kedai kain di Ipoh. Harsukhlal menyertai perniagaan abangnya itu buat seketika sebelum pulang ke India selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Selepas beberapa lama di India, beliau pergi ke Singapura bagi menyertai perniagaan yang dimiliki oleh bangsa Punjabi. Perniagaan itu melibatkan import eksport kain, sagu, kekacang, kain guni dan bermacam barangan lagi. Harsukhlal bekerja di situ selama tiga tahun.

Mencari pendapatan tambahan

Semasa bekerja dengan kedai itu, Harsukhlal berasakan gaji yang diterimanya sebanyak 80 dolar tidak mencukupi. Jadi, bagi menampung pendapatannya, beliau bekerja secara sambilan dari pukul 5 petang sampai 7 malam di pejabat juruaudit. Di situ, tugas beliau adalah memeriksa akaun. Beliau dibayar sebanyak 120 dolar.

Permulaan Kamdar

Selepas berhenti dari kedai itu, beliau mula bekerja dengan abangnya, Balvantrai di kedai dua tingkat di Ipoh. Di situlah ‘Kamdar’ bermula pada tahun 50-an dengan nama asalnya BA Lalaji yang seterusnya bertukar kepada BH Kamdar & Kamdar. Kedai kedua dibuka di Pulau Pinang, diikuti dengan kedai di Singapura bagi menguruskan perniagaan pemborongan tekstil.

Berkembang ke KL

Selepas membuka kedai di Ipoh dan Pulau Pinang, Kamdar terus berkembang ke Kuala Lumpur. Kedai itu dibuka pada tahun 1973 di No. 431-433, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Namun, empat tahun selepas dibuka, iaitu pada tahun 1977, kedai itu ditutup dan lot rumah kedai yang kosong itu disewakan kepada orang lain. Harsukhlal tidak bersetuju dengan keputusan abang-abangnya dan berpendapat pendapatan yang dijana daripada penyewaan lot kedai itu tidak berbaloi. Malangnya, nasihatnya tidak diendahkan.

Berusaha memperbaiki keadaan

Harsukhlal kemudiannya membuat keputusan pergi sendiri ke Kuala Lumpur pada tahun 1977 dan cuba memperbaiki keadaan. Pada tahun 1980, beliau membuka kedai di Jalan Chow Kit, iaitu pasar raya 6 tingkat di sebelah pasar raya Batu Road. Kemudian, sebuah lagi dibuka di sebelah Globe Silk Store.

Pertukaran dalam tumpuan perniagaan

Harsukhlal dan abang-abangnya kemudiannya membuat keputusan beralih daripada perniagaan borong kepada runcit. Pertukaran dalam tumpuan perniagaan itu adalah disebabkan terma kredit yang terlalu lama dalam perniagaan borong. Namun, mereka tetap mempunyai sebuah unit di Pulau Pinang yang mengkhususkan pada perniagaan borong.

Kejayaan

Perniagaan Kamdar terus berkembang pesat dan mereka terus membuka cawangan kedai di bandar-bandar utama di seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan enam buah kedai di Kuala Lumpur, yang mana empat adalah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kamdar kini mempunyai 18 buah kedai dengan 1,000 orang pekerja. Harsukhlal juga bercadang mengembangkan lagi perniagaannya hingga ke Sabah dan Sarawak.

Kemelesetan

Walaupun melalui banyak kemelesetan ekonomi, Kamdar masih kekal sebagai pasar raya tempatan yang berdaya saing. Pada hari ini, pasar raya Kamdar menawarkan pelbagai jenis tekstil dan fabrik pada harga yang berpatutan. Kamdar memperoleh kainnya daripada sumber tempatan dan juga melalui pejabat operasinya di luar negara seperti di India, Indonesia, Korea dan Emiriyah Arab Bersatu.

Kebajikan

Harsukhlal adalah orang yang pemurah dan menguruskan beberapa rumah anak yatim di India. Beliau juga membina asrama khusus bagi kanak-kanak perempuan terbiar di Gujarat. Harsukhlal juga dilaporkan menderma sebanyak RM500,000 kepada mangsa gempa bumi di Bhuj, India.

Rahsia kejayaan

Beliau tidak menganggap berniaga sebagai kerja tetapi sebagai hobi. Dia tidak takut membuat kesalahan dan sentiasa belajar daripadanya. Beliau juga berani mengambil risiko.
Perniagaannya juga kekal teguh kerana semangat kekeluargaan yang mantap. Semua ahli keluarganya bekerja dengan Kamdar. Harsukhlal sentiasa berusaha menambahkan kepelbagaian produk yang dijual supaya setiap kehendak pelanggan dapat dipenuhi.

Mereka juga sentiasa memastikan segala komitmen kepada pihak bank dipenuhi tepat pada masanya. Contohnya, mereka memastikan segala hutang dijelaskan dengan sepenuhnya dan tepat pada masanya. Tidak lupa juga pihak pembekal yang harus dibayar tepat pada masanya.

Kamdar juga memastikan sewa kedai, iaitu apabila mereka menyewa ruang niaga di pusat membeli belah dibayar tepat pada masanya. Harsukhlal juga adalah orang yang rajin.
Falsafah
Falsafah perniagaan Kamdar adalah ‘beli murah dan jual murah’. Ini bermakna mereka sentiasa berusaha menjual dengan harga yang berpatutan.

Kejayaan Kamdar juga adalah kerana syarikat itu mempunyai beberapa peraturan. Pertama, pengarah syarikat tidak dibenarkan mengambil overdraf daripada pihak syarikat. Kedua, syarikat tidak dibenarkan menjadi penjamin kepada orang perseorangan. Ketiga, syarikat tidak boleh terlalu aktif dalam pasaran saham.

Keempat, wang syarikat tidak boleh dilaburkan dalam sektor hartanah bagi mendapatkan pendapatan sewa dan juga peningkatan dalam harga. Contohnya, apabila salah seorang pemegang saham dalam Kamdar ingin membuka perniagaan lain, hartanah yang dibeli bagi memulakan perniagaan itu perlu dibeli dengan menggunakan wangnya sendiri. Ini kerana apabila wang syarikat digunakan, syarikat kelak akan kekurangan wang bagi membayar pembekal dan bank.

Usahawan Impian Kencana


IMPIAN KENCANA
DATO' MOKHZANI MAHATHIR



Group Chief Executive Officer
Dato’ Mokhzani bin Mahathir, was appointed to the Board on 25 November 2004 and presently he is the Non-Independent Group CEO of Kencana Petroleum. He graduated with a Bachelor of Science in Petroleum Engineering from the University of Tulsa, Oklahoma in 1987. He began his career as a Wellsite Opera¬tions Engineer with Sarawak Shell Berhad in 1987. He later joined Tongkah Holdings Berhad in 1989 and was appointed as the Group Managing Director, a post he held till 2001. He was also the Chairman and Group CEO of Pantai Holdings Berhad till 2001. He now sits on the Board of Goldtron Ltd (Singapore), Kencana Capital Sdn. Bhd. and several private limited com¬panies. He is also the Chairman of Sepang International Circuit Sdn Bhd, a post he has held since 2003.
Dato’ Mokhzani currently serves as member of Remuneration Committee.

Lelaki ini kurang menyukai publisiti, tidak banyak bercakap dan lebih gemar berdiam diri. Anak ketiga kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Malaysia ini cukup mesra sewaktu menyambut kehadiran sidang editor Dewan Ekonomi di pejabatnya baru-baru ini. Kelewatan beliau hadir untuk temu janjinya dengan kami, telah disambut dengan ucapan mohon maaf dan rendah diri. Gaya percakapannya tidak tumpah seperti bapanya, sekali gus mengingatkan kami pada era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu menerajui Malaysia selama 22 tahun. Jelas sekali, karisma dan ketokohan bapanya turut diwarisi Datuk Mokhzani Mahathir 47 tahun, Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad (Kencana) yang kini dilihat oleh pemerhati ekonomi sebagai salah seorang tokoh korporat yang disegani di peringkat antarabangsa. Dewan Ekonomi keluaran Ogos 2007 tidak terkecuali meletakkan Datuk Mokhzani dalam senarai 50 Ahli Korporat Terbilang Malaysia.
Kerancakan industri petroleum dunia yang semakin berkembang ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia yang berterusan, telah membawa keuntungan yang cukup lumayan kepada syarikat yang berteraskan gas dan petroleum. Hal ini tidak terkecuali dinikmati Kencana Petroleum yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada akhir tahun 2006. Kencana Petroleum, yang ditubuhkan lebih daripada 25 tahun lalu telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengharungi industri petroleum domestik.
Kencana Petroleum merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kejuruteraan dan fabrikasi industri minyak dan gas di peringkat tempatan dan antarabangsa, dengan memberi tumpuan khusus dalam perkhidmatan kejuruteraan peralatan pengeluaran fabrikasi, kejuruteraan modul fabrikasi, kejuruteraan sistem proses skid fabrikasi, kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan perkhidmatan pentauliahan (EPCC), perkhidmatan reka bentuk, perkhidmatan sokongan bekalan dan pengkhususan fabrikasi.
Melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kencana Petroleum ini, asas yang membangunkan syarikat tersebut ialah tahap kepakarannya yang lebih banyak menjurus ke arah penyelesaian permasalahan struktur kejuruteraan fabrikasi yang sangat kompleks dan rumit, dalam pada masa yang sama tidak berkompromi dengan aspek keselamatan dan kualiti yang telah ditetapkan. Kecemerlangan Kencana Petroleum menyediakan perkhidmatan terbaik dalam kejuruteraan dan fabrikasi petroleum telah menarik banyak syarikat asing untuk menjalinkan kerjasama yang berterus dengan mereka. Dengan kata lain, Kencana Petroleum menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh industri petroleum semasa. Hal ini termasuklah kepakaran kejuruteraan binaan dalam industri petroleum, kepakaran dalam hal-hal yang melibatkan reka bentuk platform cari gali dan perkhidmatan logistik yang melibatkan tapak fabrikasi di darat dengan platform cari gali di lautan.
Pada Oktober tahun lalu, anak syarikat Kencana Petroleum, Kencana Petroleum Ventures Sdn. Bhd. telah meluaskan operasinya melalui perjanjian sefahaman dengan Mermaid Drilling (Singapura) Pte.Ltd bagi menubuhkan firma usaha sama, iaitu Mermaid Kencana Rig 1 Pte. Ltd dalam bidang penggerudian. Kencana Petroleum menguasai 60 peratus saham dalam syarikat usaha sama tersebut, sekali gus membuktikan pengiktirafan tidak langsung syarikat asing terhadap kemampuan sebenar Kencana Petroleum dalam industri petroleum.
Sebelum itu pada tahun 2006, Kencana Petroleum mengaut keuntungan selepas cukai sebanyak RM27 juta dan keuntungannya meningkat sekali ganda setahun kemudian dengan mencecah RM57.16 juta. Kejayaan yang memberangsangkan ini, sudah cukup meyakinkan para pemegang saham Kencana Petroleum terhadap prestasi dan kekukuhan kewangan syarikat tersebut untuk masa akan datang.
“Alhamdulillah, kita berjaya mengembangkan syarikat daripada status Sdn. Bhd. kepada Berhad dan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada Disember tahun 2006. Nilai saham syarikat juga telah melonjak dari mula dibuka sekitar 41 sen menjadi 81 sen, dan kini mencecah RM2.40 sen seunit. Ini merupakan kejayaan yang cukup penting untuk kami.” Jelas Mokhzani seawal pertemuannya dengan Dewan Ekonomi. Mokhzani yang merupakan graduan dari Universiti Tulsa, Oklahoma di Jepun dalam jurusan Sains Kejuruteraan Petroleum turut merupakan seorang jurutera petroleum yang bertauliah. Beliau berkhidmat dengan Sarawak Shell Berhad dan bertugas di pelantar laut Miri dan Bintulu pada tahun 1987 hingga 1989 sebelum terlibat dalam industri kesihatan dan kejuruteraan petroleum di Kuala Lumpur melalui pelaburannya dalam Tongkah Holdings dan Pantai Holdings sekitar tahun 1990 hingga 2000 .
Mengalami naik turun dalam dunia korporat sebelum menyertai Kencana Petroleum pada tahun 2001. Kegagalan beliau untuk terus mengekalkan pegangan 12.6 peratus saham dalam Tongkah Holdings dan 32.9 peratus dalam Pantai Holdings sewaktu krisis kewangan pada tahun 1997 sama sekali tidak “melayapkannya” dalam arus dunia korporat tempatan. Dalam keadaan krisis kewangan yang semakin meruncing itu, Mokhzani membuat keputusan meletakkan jawatannya sebagai Penolong Bendahari Pemuda UMNO Malaysia dengan alasan untuk menumpukan perhatian terhadap pemulihan perniagaannya yang terjejas akibat krisis kewangan tersebut.
Nasib Mokhzani agak baik, apabila menemui Chong Hin Loon, pengasas Kencana Petroleum dan sekarang merupakan penasihat dan juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad. Pada ketika itu, Chong Hin Loon sedang berusaha mencari rakan kongsi dalam kalangan bumiputera. Pertemuan dengan Mokhzani yang sememangnya arif dalam hal ehwal kejuruteraan petroleum benar-benar membawa tuah kepada Kencana Petroleum. Sejak Mokhzani menyertai Kencana Petroleum pada tahun 2001, syarikat tersebut semakin berkembang dan memenuhi aspirasi penubuhannya. Impian Kencana Petroleum untuk menjana keuntungan selepas cukai melebihi daripada RM70 juta bagi tahun kewangan berakhir Julai 2008 kelak dijangka akan tercapai. Hal ini menurut Mokhzani, mampu direalisasikan kerana beberapa projek yang sedang dijalankan bakal memberi pulangan yang besar sehingga tahun 2009, selain disokong oleh harga minyak yang terus meningkat.
Kencana Petroleum hanya menjana perolehan tahunan sekitar 10 peratus daripada Petronas kerana industri petroleum di negara ini sama sekali tidak dapat lari daripada Akta Petroleum 1974, yang mengikat semua perniagaan petroleum dan gas di negara ini dengan Petronas. Lantaran itu, untuk meningkatkan pendapatan syarikat, Kencana Petroleum meluaskan operasi perniagaannya ke luar negara termasuk di Sudan, India, New Zealand, Australia dan Thailand. Setakat ini, Kencana Petroleum sedang menambah baik loji pengeluarannya di Lumut agar dapat menampung operasi dan permintaan domestik, di samping mengekalkan daya saingnya di peringkat antarabangsa.
Dengan prestasi kewangan syarikat yang baik dan rekod perkhidmatan yang cemerlang, maka tidak menghairankan, jika keyakinan yang ditunjukkan oleh Mokhzani sewaktu sidang media setelah syarikat tersebut dianugerahkan kontrak bernilai RM240 juta bagi membina projek Pusat Petroleum Asia di Tanjung Bin, Johor pada tahun lalu, dilahirkan dengan nada yang penuh semangat, katanya “Dengan sasaran pertumbuhan pendapatan dan keuntungan sekitar dua angka pada tahun ini (2007) dan tahun hadapan (2008), kami yakin mampu melepasi paras RM1.4 bilion dalam masa beberapa tahun lagi, setelah mencatat tempahan semasa sebanyak RM1.2 bilion. Selepas melepasi paras kontrak tersebut, kami akan mula melabur dalam perniagaan lain di peringkat global, tetapi tetap berkaitan dengan industri minyak dan gas.”
Kekuatan Kencana Petroleum sebenarnya amat jelas melalui kebijaksanaan barisan pengarah yang mengemudi syarikat tersebut, melalui penawaran khidmat yang komprehensif dalam penyelesaian masalah antara integrasi kejuruteraan dengan kelengkapan fabrikasi secara menyeluruh yang melibatkan pentadbiran, projek pengurusan, logistik dan pelbagai aspek kualiti. Selain daripada itu, ketepatan masa dalam menyiapkan sesuatu projek yang diberikan, secara tidak langsung telah menambahkan lagi kepercayaan syarikat lain yang ingin bekerjasama dengan Kencana Petroleum. Hal inilah yang menjadi kelebihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kencana Petroleum berbandingan dengan syarikat-syarikat petroleum swasta yang lain.
Bersesuaian dengan moto “Menjadi Peneraju dalam Penyediaan Perkhidmatan dan Penyelesaian Masalah dalam Industri Petroleum”, Kencana Petroleum semakin hampir membuktikan bahawa mereka sememangnya mampu untuk menjadi syarikat yang disegani dalam industri petroleum negara. Peningkatan pendapatan dan keuntungan Kencana Petroleum sejak tahun 2003 menjelaskan hakikat tersebut. Pendapatan Kencana Petroleum pada tahun 2003 mencecah RM74 juta, setahun kemudian meningkat menjadi RM181 juta. Manakala pada tahun 2005 peroleh pendapatan Kencana Petroleum mencecah hampir sekali ganda daripada tahun sebelumnya dengan perolehan RM271 juta, dan terus meningkat kepada RM437 juta pada tahun 2006 dan RM824 juta pada tahun 2007.
Selain pendapatan Kencana Petroleum yang meningkat saban tahun, tidak terkecuali keuntungan selepas cukainya juga turut meningkat. Pada tahun 2003, keuntungan selepas cukai Kencana Petroleum hanya sekitar RM6 juta. Namun demikian, jumlah tersebut meningkat melebihi sekali ganda pada tahun berikutnya dengan mencecah RM18 juta. Manakala pada tahun 2005, keuntungannya meningkat menjadi RM21 juta dan berterus sehingga tahun 2006 dengan mencatat RM27 juta dan RM57 juta pada tahun 2007. Jelas, keuntungan yang berterusan ini melambangkan impian Kencana Petroleum yang sangat besar untuk menjadi pemain utama dalam industri petroleum negara pada masa akan datang.

Usahawan Perbankan Elektronik


Tan Sri Azman Hashim


Usahawan Perbankan Elektronik (AmBank)

Tan Sri Azman Hashim adalah Pengerusi Kumpulan AmBank.

Latar Belakang
Tan Sri Azman Hashim dilahirkan pada Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau adalah anak kepada seorang guru. Beliau adalah akauntan berkanun yang terlatih. Beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan berkanun pada tahun 1955 di Messrs. OL Haines & Co. Australia.

Kerjaya dalam bidang perbankan
Beliau berpengalaman luas dalam industri perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankan sejak 1960 apabila beliau kembali dari Australia sebagai akauntan berkanun. Tan Sri Azman memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia.

Selepas beberapa tahun bekerja di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan jawatan pada tahun 1964 bagi memulakan firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman, Wong, Salleh & Co. Dua tahun kemudian, beliau menjadi Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank) dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980.

Seterusnya, Tan Sri Azman dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama dua tahun, dari tahun 1980 hingga 1982. Pada tahun 1982, beliau membeli Arab - Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara - negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu, Tan Sri Azman dilantik sebagai pengerusinya.

Kepentingan dalam syarikat lain
Selain memegang 42% kepentingan dalam syarikat induk Kumpulan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Corporation Berhad (AMC), beliau juga mengawal beberapa syarikat seperti AMMB Holding Berhad (AHB), Arab - Malaysian Finance Berhad yang kini dikenali sebagai AmFinance, Arab Malaysian Development Berhad, Saouth Peninsular Industries Berhad, Redifussion Berhad, Hotel Equatorial dengan 30% kepentingan, dan anak syarikat Johnson & Johnson di Malaysia dengan 30% kepentingan.

Kejayaan
Banyak bank yang terjejas akibat krisis itu. Tetapi, lain pula dengan Tan Sri Azman. Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Finance Berhad.
Pengiktirafan
Tan Sri Azman pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Anataranya adalah Ahli Lembaga Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Pengerusi Persatuan Bank Saudagar di Malaysia, Pengerusi Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional dan banyak lagi.

Anugerah
Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada tahun 1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance.

Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum Perniagaan ASEAN. Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School.
Sumbangan
Sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman memainkan peranan penting dalam menggalakkan produktiviti di Malaysia dan menjadikannya sebagai salah satu komponen yang relevan dan penting dalam proses pembangunan negara.

Kejayaan membangunkan produktivtii ini dicapai melalui keyakinannya bahawa produktiviti perlu dirangka sehingga dapat diuruskan dan diukur. Dibawah kepimpinan belaiu, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan metodologi pengukuran produktiviti di peringkart kebangsaan dan subsektor.

Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan tahunan produktiviti yang menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan, dan subsektor. Laporan tahunan itu dapat diakses melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data amalan terbaik dan petunjuk prestasi cemerlang. Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman banyak menyumbang kepada pergerakkan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.

Sunday 20 November 2011

Usahawan Bas Express


Sani Jutawan Bas Express

PADA usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.

Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT.
“Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.

Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan.

Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express.

Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.

Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.

Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.

“Biasalah... dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu.

“Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.

Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.

Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.

“Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.

“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.

Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.

Katanya, beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.

“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan.

“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” katanya.

Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.

Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.

“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.

Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.

“Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.

“Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,” katanya.

Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.

Katanya, beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.

“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?

“Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,” katanya.

Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.

Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.

Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.

Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.

Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.

“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.

“Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya.

Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya.

Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.

“Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.

“Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.

“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan kakitangannya.

Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.

“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

“Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,” katanya.

>Profil

NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

USIA: 33 tahun

LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik

PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)
SANI Express mensasarkan untuk memiliki 100 bas dan meneroka semua laluan di negara ini dalam tempoh tiga tahun lagi.

Menurut Sani, sebanyak RM100 juta akan dilabur untuk tujuan itu dan beliau mensasar untuk memiliki 500 kakitangan dalam tempoh berkenaan.
“Ketika ini Sani Express menggunakan sepenuhnya 25 bas dua tingkat dan untuk tempoh tiga tahun saya mensasar untuk memiliki 100 bas dengan meneroka semua laluan di negara ini.

“Saya optimis dengan sasaran itu bersandarkan pencapaian Sani Express ketika ini. Malah sehingga hari ini pelaburan yang dibuat untuk pelbagai keperluan, antaranya membeli bas baru dan bangunan Wisma Dato’ Sani, mencecah RM50 juta,” katanya.

Sani berkata, wisma berkenaan bukan sekadar menjadi pusat pentadbiran syarikat, tetapi pertemuan kakitangan pelbagai peringkat.

“Saya memilih lokasi wisma itu yang terletak di Klang Sentral kerana ia perhentian terakhir untuk bas Sani Express. Di situ saya berpeluang bertemu semua kakitangan dan membantu saya mengetahui dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul,” katanya.

Wisma yang turut dilengkapi pusat latihan itu membantu Sani United Sdn Bhd memiliki kakitangan yang dapat melaksanakan tugas dengan efisien.

“Saya turut mengutamakan latihan kepada pemandu bas supaya semua pemandu bas Sani Express membabitkan pemandu berhemah. Pemandu bas sangat penting kerana mereka membawa ‘nyawa’.

“Ia juga sebagai satu keyakinan kepada pelanggan bahawa Sani Express bukan saja mengutamakan keselesaan tetapi juga sangat mengutamakan keselamatan pelanggannya,” katanya.